Sunday 7 September 2014

Konsep Kebebasan Beragama Di Malaysia (Syahrizan Bin Dzulkiflee)

     Malaysia adalah sebuah negara yang dibina dalam jaringan kepelbagaian rupa bangsa dan agama. Hidup dalam sebuah Negara bermasyarakat majmuk memerlukan sikap toleransi tinggi dan nilai hidup bersama yang kukuh. Inilah  uniknya Malaysia sejak dulu dibina  secara bersama berteraskan prinsip perlembagaan dan falsafah Rukun Negara. Jadi berlandaskan kesepadua  itulah negara mampu memacu kejayaan yang mencetuskan rasa cemburu negara lain. Ini kerana walaupun kita hidup dalam masyarakat pelbagai kaum yang mengamalkan budaya hidup dan anutan agama berbeza. Oleh itu, wujudnya kebebasan beragama di Malaysia. Hal ini kerana, seluruh rakyat mempunyai hak untuk memilih agama sendiri tetapi bagi kaum melayu, meraka wajib menganut agama Islam.

      Kebebasan beragama ialah prinsip yang menyokong kebebasan individu atau masyarakat, untuk mengamalkan agama atau kepercayaan dalam ruang  peribadi atau umum. Kebebasan beragama termasuk kebebasan untuk menukar agama dan tidak mengikut mana-mana agama. Dalam negara yang mengamalkan kebebasan beragama, agama-agama lain bebas diamalkan dan ia tidak menghukum atau menindas pengikut kepercayaan lain yang lain daripada agama rasmi.

     Agama Islam ialah agama bagi persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Setiap Negeri yang mempunyai Raja, kedudukan Raja adalah sebagai Ketua Agama Islam. Bagi Negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong berkedudukan sebagai Ketua Agama Islam dalam Negeri itu.

     Selain itu, perkara 11 menerangkan mengenai kebebasan beragama dalam peruntukan perlembagaan Malaysia. Seluruh rakyat berhak memilih agama yang ingin di anuti tetapi untuk kaum Melayu, mereka wajib menganut agama Islam. Terdapat beberapa klausa dalam perlembagaan yang menerangkan konsep sebenar kebebasan beragama yang dibenarkan di Negara ini. Setiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya. Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama.

     Seterusnya, perkara 11 fasal (4) juga menerangkan mengenai kebebasan beragama dalam perlembagaan Malaysia. Hal ini kerana, perlembagaan memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau persekutuan untuk mengubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan meraka kepada orang-orang islam. Kebebasan yang diberikan untuk mengamalkan agama masing-masing ini juga tidaklah sehingga membenarkan apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang, mendatangkan masalah kepada kesihatan awam dan akhlak individu yang lain. Perkara ini diperuntukan dalam perkara 11 (5) Perlembagaan.

     Di samping itu, dalam perkara 11 fasal (4),  perlembagaan Malaysia memang memperuntukan kebebasan beragama dalam persekutuan. Seluruh rakyat mempunyai hak untuk memilih agama sendiri tetapi bagi kaum melayu, meraka wajib menganut agama islam. Walaupun konsep kebebasan beragama diamalkan tetapi terdapat pengecualian tertentu terhadap kebebasan tersebut. Penyebaran agama bukan islam di Negara adalah dilarang dan tidak dibenarkan sama sekali dan sesiapa yang terlibat menyebarkan agama bukan islam akan disabit kesalahan dan akan didenda di bawah akta-akta yang telah ditetapkan.

     Kesimpulannya, seluruh rakyat haruslah menghormati dan tidak memburuk-burukkan  agama orang lain agar dapat membina satu negara yang bersatu padu. . Matlamat kita ialah mewujudkan satu bangsa yang bukan saja taat setia kepada Negara tetapi mempunyai masa depan yang cerah. Ke arah mencapai matlamat ini, kita perlulah meningkatkan usaha menyatupadukan rakyat di samping menghapuskan perasaan syak wasangka dan prejudis diantara satu sama lain.

Disediakan Oleh:
Syahrizan Bin Dzulkiflee
07DAT14F1075

No comments:

Post a Comment