Tuesday 9 September 2014

Konsep Kebebasan Beragama Di Malaysia (Mohd Nizamuddin Bin Kahal)

Kebebasan agama ialah prinsip yang menyokong kebebasan individu atau masyarakat untuk mengamalkan adama atau kepercayaan secara tertutup atau terbuka. Kebebasan beragama termasuk kebebasan untuk menukar agama dan tidak mengikut apa-apa agama. Dalam negara yang mengamalkan kebebasan beragama, agama-agama lain bebas diamalkan dan pemerintah tidak menghukum atau menidas mengikut kepercayaan yang lain daripada agama rasmi.

            Di Malaysia, walaupun islam di iktaraf sebagai agamapersekutuan tetapi secara harmoninya, penganut-penganut agama lain masih bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka. Kebebasan agama diabadikan dalam Perlembangan Malaysia. Pertama, Fasal 11 menetapkan bahawa setiap orang mempunyai hak menjalankan agamanya dan tunduk pada undang-undang yang berlaku menyekat penyebaran agama-agama lain untuk umat Islam untuk menyebarkannya. Kedua, perlembagaan juga menetapkan bahawa Islam adalah agama negara, tetapi agama-agama lain boleh dipraktikkan dalam damai dan harmoni(PERKARA13)

           Perkara 11(1) tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal(4), mengembangkan agamanya. Selain itu, tiada sesiapa pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai itu adalah diuntukkan khas sama ada kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud-maksud sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri. Seterusnya, tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri, menubuhkan dan menyenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud agama atau khairat dan memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang. Selanjutnya, undang-undang negeri dan mengenai dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya , undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama islam. Akhir sekali, perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketemteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.


Disediakan Oleh:
Mohd Nizamuddin Bin Kahal
07DAT14F1063

No comments:

Post a Comment